Sunday, January 24, 2010

Nik Aziz beri kata satu... kata dua... macam2 ada


Pelanggan Mingguan Malaysia No. 1


"Saya memberi peringatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya jika mahu terus mendapat tempat di hati rakyat di negara ini.." - Datuk Nik Aziz Nik Mat

Sendiri mau ingat la, tengok kawasan, selesai semua masalah. Apa yang dijanji kotakan lah. Cakap biar serupa bikin kepada semua warga Adun Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam kawasan Tanjong... hihihihi...

Jangan sekadar meraih undi di pilihan raya macam "kawan" yang nun~. Sekadar peroleh undi tapi janji yang ditabur hanya menjadi umpan untuk mendapat kerusi kawasan. Takut-takut nanti kaki kerusi patah dok asyik berangan jatuh tersembam, tak dapat den nak menolong.. huhu.

Pewaris Tanjong teringat kejadian nahas bot naga di dalam kawasan Tanjong, sebelum meneruskan kata dua ni, Pewaris Tanjong mengucap takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. Tempat dah tak sesuai, tak ada pemantauan, tak prihatin ke "PIHAK" yang berkuasa. Cari la tempat yang elok bagi kat depa. Depa nak bersukan kita sebagai pemerintah sediakanlah fasiliti yang baik dan SELAMAT. Jangan asyik dok kutip saman kereta dan kacau penjaja jual kacang kuda tepi jalan... ops! Tersasul pulak!

Cuma menegur ja, bukannya apa pun. Salah silap mohon kemaafan... Bye...